Minggu, 16 Februari 2014

Untuk Hazen Fariz

,
Jum'at 14 Februari 2014, masih lagi la aku di kota Kijang tercinta ni, bila aku login blog aku ni, aku tengok ada comment kat page blog aku. Comment tu tanggal 12 Februari 2014 pada page "Foto-foto koleksiku". Dari seseorang yang bernama atau dia namakan dirinya kat situ Hazen Fariz. Dia minta tolong aku ambek gambar sekolah-sekolah dahulu tempat dia ni menuntut pelajaran. Dia cakap dah hampir 25 tahun meninggalkan kota Kijang tercinta ni. Entah kat mana Hazen Fariz ni sekarang berada, dia tak cakap pulak. But, ok, no problem. Aku dah promise nak cuba tunaikan janji aku atas permintaan Hazen Fariz ni.

So, pagi-pagi buta ni, sekitar pukul 6 pagi lewat, aku dah mandi, start motor aku pergi berjalan ke tempat mana aku nak ambel gambar sekolah-sekolah mana dahulu Hazen menuntut ilmu. Pertama kali, aku datang ke SDN 003. Ini dia gambar SDN 003 Kijang, Bintan Timur yang sekarang ni dah bertukar nama menjadi SD Negeri 003 Binaan, Bintan Timur. Ini dia gambar-gambarnya :


Gambar Lebih Banyak  Klik Di Sini


Setelah ambil gambar SDN 003 ni, aku pergi menuju ke SMP N 1 Kijang, dulu aku pun sekolah kat SMP ni. Dah bertukar nama sekolah ni menjadi SMP Negeri 1 Bintan sekarang. Ni kat bawah gambar sekolah ni sekarang :

Gedung Sekolah SMP N 1 tampak dari seberang jalan

 
Gambar Lebih Banyak  Klik Di Sini

Sebelum mengambil gambar kedua sekolah di atas tu, sebenarnya aku terlebih dahulu pergi mengendarai motorku menuju ke kota Tanjung Pinang. Hazen Fariz cakap dia minta aku gambar SMA N 2, ha...sampai pun aku kat tempat ni jam tujuh pagi di hari Minggu ini. Ni dia gambar sekolah SMA Negeri 2 Tanjung Pinang ni sekarang, tengok gambar kat bawah ni :


Gambar Lebih Banyak Klik Di Sini
Sekolah terakhir yang aku nak ambil gambarnya di kota Tanjung Pinang untuk Hazen Fariz, sebenarnya Sekolah Katolik kat Jalan Sunaryo, macam tu katanya. Hehehe....aku terlepas pergi ke tempat tu. tersasar pulak ke SMP Katolik di daerah Batu Kucing, Tanjung Pinang.....


 Gambar Lebih Banyak  Klik Di Sini

Mengenai gambar dari sekolah terakhir yang aku ambil ni, sorry e Hazen Fariz kalau bukan sekolah ni yang awak maksudkan.

4 komentar to “Untuk Hazen Fariz”

  • Sabtu, 08 Maret, 2014

    SD aq yg di sebelahnya bang, SD 001, lain kali kalo lewat boleh ambil gmbr nya e bg, :D

  • Senin, 10 Maret, 2014
    Pat says:

    InsyaAllah...SD saya pun kat sebelahnya juga hehehe.SD 004:)

  • Senin, 10 Maret, 2014

    tetangge rupanya kite e bg..... hahahaha

  • Selasa, 11 Maret, 2014
    Pat says:

    hahaha...hari-hari aku lewat sekolah tu...nak ambil gambar die...belum dapat momen dan time yg pas pulak...hahaha macam betol...

Posting Komentar

Hey © 2008 Template by:
SkinCorner