Kamis, 13 Februari 2014

Memperbaiki Dispenser

,
Tadi pagi masa aku nak minom, aku tengok air galon kat dispenser rumah aku takde air. Air die terkuras habis. Dispenser tu bocor. Mak aku cakap dah dari tadi malam benda tu bocor. Naseb baek aku ada simpan air puteh kat peti sejuk. Nak buat kopi kapucino secangkir, kene la aku masak air sikit kat panci.

Jam dua belas siang....Masya Allah, lupe la..Baru aku ingat nak perbaiki dispenser tu. Aku switch off PC aku. Aku lepas kabel dispenser aku tu. Aku letak kat beranda rumah, aku bukak pakai obeng. Bukak kat belakang dispenser tu, ade 4 baot. Alhamdulillah, bukak die tak susah. Aku tengok mesin dispenser tu. Ape yang janggal e?

Ha...nampak dah. Klep selang menuju tengki pemanas air bahagian kiri ade yang lepas. Bukan lepas malahan, tapi putos, sebab benda tu dah reput.


Aku ambek kunci motor aku, aku start enjin berkendara menuju bengkel...tempat service elektronik kat tepi jalan menuju rumah aku di Jalan Sribayintan ni. Tempat ni dikasi name Rizky Service.....yang punya tempat ni name die Mas Sardi, ade anak buah die, teknisi TV, Mas Pri.

"Mas, ada benda ni tak?" tanya aku sambil tunjukkan klep yang putus tu...
"Ada tuh..ambil aja" kata Mas Sardi

Aku disodorkan kantong kecik berisi puluhan klep tu oleh Mas Pri.
"Aku mintak dua e" kataku sambil tersenyum.

Mereka mengangguk. Dah dapat benda yang aku cari, aku start motor aku nak balek.
"Makasih Mas" kataku pada Mas Sardi

Sampai kat rumah, takde lima menit jarak rumah aku ngan bengkel servis tu, aku langsong pasang klep kat selang bahagian atas sebelah kiri kat tengki pemanas di dalam dispenser tu. Aku pasang due sekali. Biar kuat dan tak mudah lepas. Dan empat buah baot kat belakang dispenser tu aku pasang balek. Aku lap dan bersihkan dispenser tu dengan tisu dan bawak masok rumah.


Aku letakkan dispenser tu kat tempat semula jadi dia berada. Aku pasang galon air kat atasnya. Aku perhatikan dan amati, dah takde bunyi bocor kat dispenser tu. Alhamdulillah, kerja perbaiki dispenser kat rumah selesai.

Ha...ni la satu lagi cerita nyata yang aku mesti hadapi hari ni. Nak ade orang bace ke atau tak cerita ni.....lantak la...Sebab aku ni hanya tules apa yang aku lihat, dengar dan aku rasakan....dan.....mungkin aku ada terlibat dalam watak cerite tu.

1 komentar:

Posting Komentar

Hey © 2008 Template by:
SkinCorner